Pages

Tinggal yang lama dapat yang baru

Salam alaykom

Setelah bosan dan fedup dengan tempat kerja lama, dengan pelbagai alasan dalam diri mahupun persekitaran, dan merasakan bekerja di situ sudah tak relevan lagi, aku decide untuk berhenti kerja tanpa backup; dapatkan kerja baru dulu. Memang ‘kamikaze’.

Memang kerja kadang ada releks, kadang stress. Tapi percayalah..tak ada kerja (mengaggur) lagi stress. Betul nasihat ayah aku semasa aku menelefon mak dan ayah aku bincang perkara ni (mahu resign) tempohari. 

Risau semacam, rasa macam loser pun ada, sewaktu jumpa orang kenalan di mana-mana lagi lah teruk memikirkan jawapan bila ditanya sekarang buat (kerja) apa? Kat mana? Kadang jawab jujur dan kadang  jawab tak jujur, pretend diri masih berkerja di tempat lama supaya tak nampak 'loser' sangat dan tak nak rosakkan mode perbualan dengan orang tu. Hakikatnya, tetap rasa teruk sebab itu kira kerja-kerja menipu orang.

Rasa berterimakasih banyak kepada sahabat-sahabat rapat tak kira ex-colleague tempat kerja lama, kawan-kawan rapat semasa menetap di KL yang banyak bagi nasihat berguna dan bernas tak kira sama ada pro atau kontra dengan tindakan (resigned) aku tempohari. Sesungguhnya pendapat korang berbeza-beza dan kadang tak terjangkau oleh minda aku. Moga korang ditambahkan kebijaksanaan akal dan kebaikan kelak untuk hari mendatang.

Selepas habis sebulan setelah serah notis resign, dalam bulan berikut itu juga dapat surat tawaran pelantikan tetap sebagai pegawai di sektor kerajaan. Alhamdulillah, syukur sangat. Allah telah menggantikan yang lebih baik dalam selang masanya dari berhenti kerja sekejap saja. 


Allah dah anugerahkan yang lagi baik tetapi aku tetap juga diuji dengan di'post'kan ke Johor, berjauhan dengan kampung halaman. Asalnya akan bertugas di Kluang tapi akhirnya dihantar ke Mersing, berjauhan lagi dengan kawan-kawan rapat di Kuala Lumpur. Apa hikmahnya? Aku tengah terokai sekarang..

Pengajaran hidup..

Pertolongan itu datang dengan sabar.. 

Apa cita-cita atau hasrat sekalipun, datang dengan sabar dan masa yang menetukan. Instead selepas grad, apply kerja dengan SPA terus dipanggil sebelum grad lagi atau beberapa bulan selepas itu dipanggil interview, aku tidak macam tu. Aku grad 2008 and the first time and the only one aku dipanggil interview oleh SPA, ialah pada bulan Mac 2010, ketika mana sahabat lain sudah 2-3 kali dipanggil interview dan ada yang dah berjaya bertugas disektor kerajaan. Instead berusaha yang terbaik berserta hajat dan doa supaya berjaya kelak, tidak. Aku hanya dapat calon simpanan selama setahun (masih ada harapan, lebih baik daripada tidak berjaya langsung). Instead berharap dan berdoa supaya berjaya dipanggil bertugas dalam tempoh tersebut, aku dipanggil selepas 3 bulan dari tamat tempoh.

Walaupun tempoh untuk dapatkan kerja sekarang ni makan masa 2 tahun lebih, tapi Allah tak biarkan aku mengganggur begitu saja. Allah bagi rezeki dengan cara lain. Aku dapat kerja di tempat lama tu selepas 1 bulan grad ketika orang lain masih terkapai-kapai mencari kerja tetap. Kerja yang serasi dengan bidang study dan menjadi platform kerja yang baru aku dapat sekarang. Meskipun aku rasa sudah tak relevan kerja di tempat lama tu lagi, tapi pengalaman yang diperoleh di situ sangat berguna dan membantu dalam kerja yang aku akan tempuhi sekarang.

Usaha beserta dengan doa..
Aku percaya dalam kekuatan doa dan segala sesuatu yang terjadi adalah tertakluk kepada Allah. Aku sentiasa berdoa supaya Allah menggantikan perkara yang lebih baik  atas musibah yang aku hadapi semasa, Aku berdoa supaya dapat sesuatu pekerjaan itu dan moga ia baik bagi aku, dan Allah makbulkan doa aku setelah aku sanggup tinggalkan kerja lama untuk kebaikan dan selaras dengan syariat. Boleh saja menganggap aku dapat kerja ini sebab dah memang nama aku tersenarai dan dipilih oleh pihak SPA, even aku tak pernah berdoa dan meminta pun aku akan tetap dapat juga pada ketika itu. Tidak! tidak bagi aku untuk berkata angkuh begitu.

Ilalliqa

I know I am waiting

Berterima kasih kepada sahabatku, carl, kerana tunjukkan aku lagu dan video ini. video lagu oleh Sami Yusf dalam album terbarunya 'wherever you are'. Sangat menyentuh hati. setiap kali tengok dan menghayati, setiap itu air mata aku mengalir. masyaAllah..



Aku lah yang tahu apa yang aku tunggu-tunggu, harapan aku dengan Nya, Ungkapan yang aku tiada idea sebelum ini, yang sepatutnya setiap kali menadah tangan, inilah yang perlu aku luah kepada Tuhan.. Terima Kasih Allah, Terima Kasih Sami Yusuf. Lagu paling bagus pernah aku dengar.

Ini adalah short story bukan iklan

Tertarik untuk menonton video ini mula-mula sebab terdengar alunan 'Pachelbel's Canon'. Bila tengok, plot ceritanya memang awesome!. Standard iklan Raya di tempat kita. Pointnya ialah, untuk iklan syampoo, ini sangat creative dan cukup bagus. Menunggu bilakah advertiser Malaysia nak secreative ini. Bangga orang siam.

Puasa Sunat Hari Asyura - 10 Muharam


Seawaktu kecil (taklah kecil sangat), sewaktu masih tinggal dengan family, Kalau ada hari penting dalam Islam yang perlu puasa sunat, selalunya ayah datang kejut untuk bersahur diseru puasa satu keluarga. Kemudian ayah akan bercerita macam-macam mengenai kepentingan dan fadhilat hari tersebut sekian-sekian.

Pada sebelum hari raya haji lepas, aku mengamuk seorang diri kononnya terlepas untuk berpuasa sunat hari arafah yang bermaksud aku terlepas fadhilatnya sekali. Pokoknya, hari raya haji di tempat kita, Malaysia tak sama dengan hari raya haji di Mekah lalu hari arafah (hari jemaah haji wukuf di Arafah). Meskipun aku sudah mengeluh, dan sudah ada jawapan kepada kekeliruan aku, sudah agak terlewat sebab aku dah menelan beberapa teguk air sedangkan aku memang berpuasa pada hari sebelum raya haji.

~Bila dah besar, baru aku rasa banyak terharu dan bersyukur dengan cara ibu ayah didik aku dalam bab beragama, walaupun tidak tercapai sebagai seorang muslim alim-warak.
  



Pada maal hijrah, iaitu awal maharam, sudah teringat-ingat bahawa tak lama lagi akan tiba hari Asura pula. Tup-tap hari ini sudah 9 Muaharam. Terlepas juga untuk initial puasa asyura. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya ada niat. Sekurang-kurangnya masih ada lagi esok, 10 Muharam.

~Sangat unfair (zalim) bagi muslim, hari asyura tak pernah diketahui dan diraikan sebetulnya sedang hari Krismas disambut dengan beria-ia sungguh..sighh

Apa itu hari asyura?

Hari asyura ialah ke-10 bulan Muharam Kalendar Hijri

Apa pentingnya hari asyura?

Pentingnya hari Asyura dalam sejarah umat Islam, sejarah umat manusia bahkan;
  • Hari yang Nabi Musa dan para pengikutnya diselamatkan oleh Allah daripada kedurjanaan Firaun berdasarkan persitiwa Laut Merah terbelah membenarkan Nabi Musa serta pengikut-pengikutnya melintasi Laut dan menenggelamkan Firaun bersama bala tenteranya. Antara peristiwa lain yang significant ialah;
  • hari Nabi Adam (as) diterima taubatnya setelah dicampak ke bumi,
  • Allah menyelamatkan Nabi Nuh (as) dan pengikutnya dengan berlabuhnya kapal di bukit Juudi,
  • Allah memadamkan api ketika mana Nabi Ibrahim (as) dicampak ke dalam api oleh raja Namrud,
  • Allah bercakap secara direct dengan Nabi Musa (as) dan memberi wahyu kepada beliau di bukit Tursina,
  • Nabi Ayyub (as) disembuhkan dari penyakit kusta (leprosy)
  • Nabi Yusuf (as) dipertemukan kembalik dengan ayahnya Nabi Yaacub (as),
  • Nabi Yunus (as) dikeluarkan dari perut ikan Nun,
  • Hari  yang kota Nabi Sulaiman (as) dipulihkan semula,
  • Nabi Isa (as) diangkat ke langit, dan;
  • Kesyahidan sayyidina Husain, cucu rasulullah (saw). di Karbala (berlaku selepas kewafatan rasulullah saw)

Salasilah puasa hari asyura dalam Islam adalah begini;

Daripada Ibnu Abbas (ra) berkata; “Apabila Nabi (saw) tiba di Madinah, maka Baginda (saw) melihat orang Yahudi berpuasa hari ashura, maka Baginda (saw) bertanya, “Apakah (amalan) ini? Mereka menjawab; “Ia adalah suatu hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa (as) dan kaum Bani Israel daripada musuh-musuh mereka, maka Nabi Musa (as) pun berpuasa kerananya.  Maka Nabi (saw) pun bersabda; “Aku lebih berhak berbanding kamu terhadap Musa (as).”  Maka Rasulullah (saw) pun berpuasa pada hari itu dan menyuruh umatnya berpuasa sama.” (HR Bukhari dan Muslim)

Pada asalnya puasa asyura difardukan kepada muslim ketika itu. Selepas turun ayat Quran yang memfardukan puasa pada bulan ramadhan pada kira-kira tahun ke-2 hijrah, maka rasulullah mengisytiharkan puasa hari asyura adalah sunat;

Fadhilat puasa sunat pada hari asyura adalah diampunkan dosa setahun yang lepas. Iaitu dosa-dosa kecil;

Daripada Abu Qatadah (ra) berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda; "Berpuasa pada hari arafah menghapuskan dosa dua tahun, setahun yang lalu dan setahun yang akan datang, manakala puasa asyura menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu" (HR Bukhari, at-Tirmizi dan Jama'ah)

Dan untuk membezakan puasa umat Islam daripada puasa ahlul kitab (Yahudi) ketika itu, Rasulullah saranankan puasa dua hari iaitu pada 9 dan 10 Muharam;

Terdapat riwayat dari sahih muslim, apabila ditanya oleh sahabat kepada rasulullah berkaitan sambutan hari asyura oleh ahlul kitab berbanding umat Islam; “Ya Rasulullah, hari itu (asyura) diagungkan oleh orang Yahudi” (bermaksud, kenapa umat Islam melakukan perkara yang sama seperti orang Yahudi?)

lalu rasulullah (saw) bersabda; “ InsyaAllah apabila tiba tahun hadapan, kita akan berpuasa pada hari kesembilan (Muharam)”

dan pada riwayat yang lain, oleh Ibnu Abbas berkata; “Maka sebelum tiba tahun tersebut, rasulullah (saw) telah wafat” (HR Muslim)

Bagi muslim syiah, hari asyura disambut dengan memperingati kesyahidan Husin (ra),cucu baginda rasulullah (saw) semasa peristiwa Karbala. Mereka akan mencederakan diri untuk mengenangkan seksa yang pernah dialami oleh sayyidina husin dan pengikutnya dalam tragedi Karbala tersebut.

sambutan asyurah oleh syiah

Di tempat kita, satu bulan muharam disambut dengan membuat bubur yang dipanggil bubur asyura. Pernah ditanya kepada orang-orang tua kenapa orang (melayu) kita, bila tibanya bulan Muharam, mesti buat bubur syura. Dijawabnya pendek, mengenangkan peristiwa nabi Nuh (as) ketika terselamat dari banjir besar lalu disuruh himpun segala bekalan makanan yang ada dimasak dengan mencampurkan semua sekali (menjadi bubur). Aku ada petik sedikit dari entri sini, yang menerangkan tentang asalusul bubur asyura;

bubur asyura

Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.

Pada hemat aku, yang jelasnya daripada peninggalan nabi kita Muhammad (saw) ialah berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 Muharam. Itu yang seharus-harusnya (sesunnah-sunnah) kita amalkan. Apa yang dilakukan oleh muslim syiah, ambil intipatinya sahaja iaitu mencintai ahlul bait, husin (ra), falsafah dan pengajaran daripada sejarah hitam umat Islam lampau. Bubur, mungkin dianggap bi’daah, tetapi sedap dan kenyang apabila dimakan, jika diniat sebagai adat dan menjamu orang ramai makan, insyaAllah kenyang dan pahala  sedekah di sisi Allah. Wallahu A’lam.

Sumber banyak dipetik dari ummah.com , blog NasbunNurain
Gambar dari; Islam Selamanya,  Cybermq, Cariforum

Housemate Baru #1 - Dilarang Mengadakan Hubungan Seks


Lebih kurang 2 bulan lepas, 2 orang lagi housemate chek out dari rumah. Seorang balik tinggal dengan family di Kuala Selangor, seorang lagi dapat posting ke tempat lain. So rumah yang disewa tinggal lagi 3 termasuk aku, daripada time study dulu sewa  8 orang serumah. Tidak, aku bukan penghuni asal rumah ini time study dulu. Rumah ini dah banyak kali bertukar ganti housemate dan aku just check in bila dah kerja lebih kurang setahun selepas grad. Sekarang baru setahun lebih aku menetap sini.


Maklumlah bila dah tinggal 3 orang, sewa bulanan per setiap orang makin tinggi. Jadi kita orang putuskan 1 bilik middle room size nak bagi sewa kepada orang luar. Announcement ditampal di board dekat taman. Housemate yang tinggal paling rama di rumah ni, yang selalu act sebagai ketua rumah, bayar sewa, deal dengan owner in case apa-apa berlaku that we should inform him and house keeper pun dia lah. The one who effort to get a renter or a new housemate is made by him. So let’s call him ‘Ginkgo’ base on the herbs that he like so much..LOL. Salah seorang housemate lagi yang tinggal, let’s call him ‘Kopi’ yang suka buat andaian serius tapi bagi aku adalah joke; this is the joke;

‘Ini mesti orang yang nak datang tinggal nak bawa perempuan masuk bilik..bla...bla...bla…’

 dan aku biarkan saja sebagai joke. After awhile, ada orang call nak tengok bilik, here it is;

1.Yang jujur

Dia ni call nak tengok bilik selepas office hour. The fact that aku yang paling awal sampai rumah lepas kerja, plus the other guys dah buatkan announcement dan kemas-kemas bilik, so maybe this is my part to contribute by entertain the ‘client’ pula. And the client is, orang baya aku atau lebih muda, nice looking guy, pakaian kemas sebab juga baru balik dari kerja. Daripada perbualan , dapat tahu yan dia ni kerja bank. Tinggla di area sini juga Cuma berlainan blok. Nak cari rumah baru sebab owner suruh pindah. Katanya rumah itu nak dijual. So dia cuba cari yang berdekatan supaya tak susah-payah angkut barang time pindah nanti. Selepas entertain dan enterview, the last question sangat menarik, dgn phrase yang lebih kurang macam ni;

‘Aku ni jenis bawa perempuan masuk rumah tau, aku nak bawa girlfriend aku masuk bilik, korang kasi tak?’. [Damn! That’s it. That’s why aku suka joke housemate aku, Kopi seorang ni..]

Then, aku just jawab;
‘kitorang tak pernah buat macam tu. Kena bincang dulu’.

Dia jawab balik;
‘Oh! Korang tak pernah bawa perempuan masuk rumah eh?’.

Ow Shittt! Ini dah cukup hina, dah classified we all are loser, sangat tak urban, oldschool sebab tak pernah bawa perempuan dan bersekedudukan.

Semasa bincang lepas aku ceritakan semua, Ginkgo cakap ‘Kalau begitu tak payah ambik, apa yang boleh dicegah awal-awal baik kita cegah!’. Aku cerita kat Kopi apa yang tepat pada joke dia tempoh hari, dia joke aku balik ‘pasal ko tak jawab, aku tak pe je, boleh kita share sesama, tapi aku segan dengan jiran makcik sebelah ni, dia selalu bukak pintu n tegur kitorang time keluar masuk rumah’ haha. Bagi aku, sebab aku sendiri yang tak suka benda tu. Tak nak bersubhat sama. Zina dosa besar weh!!

Kemudian dia ‘yang jujur’ ni sms question soalan yang sama, then we just replied him as ‘NO’. 

After awhile, selang beberapa minggu, dia sms lagi tanya availability bilik tu, memang masih kosong. Dia nak sewa juga dan berkeras terus nak bayar deposit sewa dengan berjanji tak akan bawa perempuan masuk rumah. Kita orang pun setuju tapi berkeras balik tak payah bayar deposit lagi tunggu nanti masuk rumah bulan depan baru bayar. Next month, tak ada sms, tak ada contact daripada dia..And that’s OK for us.. Btw, we were lucky and appreciate him atas sebab dia jujur dan tanya dulu about that thing sebelum confirm check in. Sighhhh..

2. Datang dengan Girlfriend

Si ‘Datang dengan Girlfriend’ ini datang pada waktu malam. Kira-kira baru lepas waktu Isyak. Hanya aku dan Ginkgo ada di rumah. Buka pintu terus ada 2 orang boy and girl tunggu. Aku tak pasti girlfriend dia just temankan tengok bilik untuk pakwa dia saja ke datang sekali tengok samada it’s appropriate ke tidak untuk mereka bersekedudukan sekali di tempat ini. Who knows? Suatu yang tak terjangka, daripada plan next time ada orang tengok rumah, just throw the word ‘we don’t allow girls into this house’ directly, jadi susah pulak nak cakap depan-depan girlfriend sebelah dia. Btw, ini pun dah kira sign yang cukup bagus. After they ceao, bro anak kepada makcik jiran sebelah rumah kita orang masuk dalam rumah. We were close actually. Dia trus tanya ‘Korang nak ambik ke mamat tu?’. Sambil bagi opinion, ‘korang better tak ambik mamat tu, korang dah hidup harmoni sekarang jangan disebabkan menda lah nih buat korang pening pikir masalah kemudian hari. Aku lagi lah tak sanggup tengok kalo tiap-tiap hari tengok mamat tu bawa perempuan masuk rumah’. [Sekali lagi joke Kopi benar-benar berlaku..Cuma bukan makcik datang tegur sebab beliau pergi tunaikan haji di Mekah time tu].
Aku bagitahu Kopi lagi bila dia sampai rumah, terus dia fobia nak entertain the next ‘client’ kalau ada selepas ini, walaupun dia tak pernah ada time orang datang nak tengok bilik. Aku sure dia entertain lagi bagus nya.

Kopi is the same person who put the sign ‘Dilarang mengadakan hubungan seks’ outside their room door  as you see above and it’s just for our joke in the house. Aku tak tahu si ‘yang jujur’ tu nampak sign tu ke  tidak time datang tengok bilik or maybe sebab dia nampak sign tu sebab itu dia tanya. Aku tanya Kopi lagi kenapa orang macam ni sanggup buat maksiat, kerja dah stabil, sabar sikit je then kahwin, dah tak ada masalah tingal bersama. Aku tahu dan dah tahu jawapanya. The fact of culture dan pengaruh dunia fatamorgana lah katakan. But I intend to heard from Kopi what he will said.. He said; 'Biasa la..Orang kerja bank kan kuat makan riba. Tiap-tiap hari makan riba. Sebab tu dia tak kisah nak buat maksiat macam tu'. Quiet a joke right? hahaha.

Dah agak panjang entri ni. Masih ada beberapa client lagi yang aku nak ceritakan. Nanti next time aku sambung lagi bila ada masa..Tunggu ‘Housemate Baru Part 2’. Panjang sangat entah ada orang baca ke tidak...LOL