Salam alaykom
Setelah bosan dan fedup dengan tempat kerja lama, dengan pelbagai alasan dalam diri mahupun persekitaran, dan merasakan bekerja di situ sudah tak relevan lagi, aku decide untuk berhenti kerja tanpa backup; dapatkan kerja baru dulu. Memang ‘kamikaze’.
Memang kerja kadang ada releks, kadang stress. Tapi percayalah..tak ada kerja (mengaggur) lagi stress. Betul nasihat ayah aku semasa aku menelefon mak dan ayah aku bincang perkara ni (mahu resign) tempohari.
Risau semacam, rasa macam loser pun ada, sewaktu jumpa orang kenalan di mana-mana lagi lah teruk memikirkan jawapan bila ditanya sekarang buat (kerja) apa? Kat mana? Kadang jawab jujur dan kadang jawab tak jujur, pretend diri masih berkerja di tempat lama supaya tak nampak 'loser' sangat dan tak nak rosakkan mode perbualan dengan orang tu. Hakikatnya, tetap rasa teruk sebab itu kira kerja-kerja menipu orang.
Rasa berterimakasih banyak kepada sahabat-sahabat rapat tak kira ex-colleague tempat kerja lama, kawan-kawan rapat semasa menetap di KL yang banyak bagi nasihat berguna dan bernas tak kira sama ada pro atau kontra dengan tindakan (resigned) aku tempohari. Sesungguhnya pendapat korang berbeza-beza dan kadang tak terjangkau oleh minda aku. Moga korang ditambahkan kebijaksanaan akal dan kebaikan kelak untuk hari mendatang.
Selepas habis sebulan setelah serah notis resign, dalam bulan berikut itu juga dapat surat tawaran pelantikan tetap sebagai pegawai di sektor kerajaan. Alhamdulillah, syukur sangat. Allah telah menggantikan yang lebih baik dalam selang masanya dari berhenti kerja sekejap saja.
Allah dah anugerahkan yang lagi baik tetapi aku tetap juga diuji dengan di'post'kan ke Johor, berjauhan dengan kampung halaman. Asalnya akan bertugas di Kluang tapi akhirnya dihantar ke Mersing, berjauhan lagi dengan kawan-kawan rapat di Kuala Lumpur. Apa hikmahnya? Aku tengah terokai sekarang..
Pengajaran hidup..
Pertolongan itu datang dengan sabar..
Apa cita-cita atau hasrat sekalipun, datang dengan sabar dan masa yang menetukan. Instead selepas grad, apply kerja dengan SPA terus dipanggil sebelum grad lagi atau beberapa bulan selepas itu dipanggil interview, aku tidak macam tu. Aku grad 2008 and the first time and the only one aku dipanggil interview oleh SPA, ialah pada bulan Mac 2010, ketika mana sahabat lain sudah 2-3 kali dipanggil interview dan ada yang dah berjaya bertugas disektor kerajaan. Instead berusaha yang terbaik berserta hajat dan doa supaya berjaya kelak, tidak. Aku hanya dapat calon simpanan selama setahun (masih ada harapan, lebih baik daripada tidak berjaya langsung). Instead berharap dan berdoa supaya berjaya dipanggil bertugas dalam tempoh tersebut, aku dipanggil selepas 3 bulan dari tamat tempoh.
Walaupun tempoh untuk dapatkan kerja sekarang ni makan masa 2 tahun lebih, tapi Allah tak biarkan aku mengganggur begitu saja. Allah bagi rezeki dengan cara lain. Aku dapat kerja di tempat lama tu selepas 1 bulan grad ketika orang lain masih terkapai-kapai mencari kerja tetap. Kerja yang serasi dengan bidang study dan menjadi platform kerja yang baru aku dapat sekarang. Meskipun aku rasa sudah tak relevan kerja di tempat lama tu lagi, tapi pengalaman yang diperoleh di situ sangat berguna dan membantu dalam kerja yang aku akan tempuhi sekarang.
Usaha beserta dengan doa..
Aku percaya dalam kekuatan doa dan segala sesuatu yang terjadi adalah tertakluk kepada Allah. Aku sentiasa berdoa supaya Allah menggantikan perkara yang lebih baik atas musibah yang aku hadapi semasa, Aku berdoa supaya dapat sesuatu pekerjaan itu dan moga ia baik bagi aku, dan Allah makbulkan doa aku setelah aku sanggup tinggalkan kerja lama untuk kebaikan dan selaras dengan syariat. Boleh saja menganggap aku dapat kerja ini sebab dah memang nama aku tersenarai dan dipilih oleh pihak SPA, even aku tak pernah berdoa dan meminta pun aku akan tetap dapat juga pada ketika itu. Tidak! tidak bagi aku untuk berkata angkuh begitu.
Ilalliqa