Pages

Puasa Sunat Hari Asyura - 10 Muharam


Seawaktu kecil (taklah kecil sangat), sewaktu masih tinggal dengan family, Kalau ada hari penting dalam Islam yang perlu puasa sunat, selalunya ayah datang kejut untuk bersahur diseru puasa satu keluarga. Kemudian ayah akan bercerita macam-macam mengenai kepentingan dan fadhilat hari tersebut sekian-sekian.

Pada sebelum hari raya haji lepas, aku mengamuk seorang diri kononnya terlepas untuk berpuasa sunat hari arafah yang bermaksud aku terlepas fadhilatnya sekali. Pokoknya, hari raya haji di tempat kita, Malaysia tak sama dengan hari raya haji di Mekah lalu hari arafah (hari jemaah haji wukuf di Arafah). Meskipun aku sudah mengeluh, dan sudah ada jawapan kepada kekeliruan aku, sudah agak terlewat sebab aku dah menelan beberapa teguk air sedangkan aku memang berpuasa pada hari sebelum raya haji.

~Bila dah besar, baru aku rasa banyak terharu dan bersyukur dengan cara ibu ayah didik aku dalam bab beragama, walaupun tidak tercapai sebagai seorang muslim alim-warak.
  



Pada maal hijrah, iaitu awal maharam, sudah teringat-ingat bahawa tak lama lagi akan tiba hari Asura pula. Tup-tap hari ini sudah 9 Muaharam. Terlepas juga untuk initial puasa asyura. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya ada niat. Sekurang-kurangnya masih ada lagi esok, 10 Muharam.

~Sangat unfair (zalim) bagi muslim, hari asyura tak pernah diketahui dan diraikan sebetulnya sedang hari Krismas disambut dengan beria-ia sungguh..sighh

Apa itu hari asyura?

Hari asyura ialah ke-10 bulan Muharam Kalendar Hijri

Apa pentingnya hari asyura?

Pentingnya hari Asyura dalam sejarah umat Islam, sejarah umat manusia bahkan;
  • Hari yang Nabi Musa dan para pengikutnya diselamatkan oleh Allah daripada kedurjanaan Firaun berdasarkan persitiwa Laut Merah terbelah membenarkan Nabi Musa serta pengikut-pengikutnya melintasi Laut dan menenggelamkan Firaun bersama bala tenteranya. Antara peristiwa lain yang significant ialah;
  • hari Nabi Adam (as) diterima taubatnya setelah dicampak ke bumi,
  • Allah menyelamatkan Nabi Nuh (as) dan pengikutnya dengan berlabuhnya kapal di bukit Juudi,
  • Allah memadamkan api ketika mana Nabi Ibrahim (as) dicampak ke dalam api oleh raja Namrud,
  • Allah bercakap secara direct dengan Nabi Musa (as) dan memberi wahyu kepada beliau di bukit Tursina,
  • Nabi Ayyub (as) disembuhkan dari penyakit kusta (leprosy)
  • Nabi Yusuf (as) dipertemukan kembalik dengan ayahnya Nabi Yaacub (as),
  • Nabi Yunus (as) dikeluarkan dari perut ikan Nun,
  • Hari  yang kota Nabi Sulaiman (as) dipulihkan semula,
  • Nabi Isa (as) diangkat ke langit, dan;
  • Kesyahidan sayyidina Husain, cucu rasulullah (saw). di Karbala (berlaku selepas kewafatan rasulullah saw)

Salasilah puasa hari asyura dalam Islam adalah begini;

Daripada Ibnu Abbas (ra) berkata; “Apabila Nabi (saw) tiba di Madinah, maka Baginda (saw) melihat orang Yahudi berpuasa hari ashura, maka Baginda (saw) bertanya, “Apakah (amalan) ini? Mereka menjawab; “Ia adalah suatu hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa (as) dan kaum Bani Israel daripada musuh-musuh mereka, maka Nabi Musa (as) pun berpuasa kerananya.  Maka Nabi (saw) pun bersabda; “Aku lebih berhak berbanding kamu terhadap Musa (as).”  Maka Rasulullah (saw) pun berpuasa pada hari itu dan menyuruh umatnya berpuasa sama.” (HR Bukhari dan Muslim)

Pada asalnya puasa asyura difardukan kepada muslim ketika itu. Selepas turun ayat Quran yang memfardukan puasa pada bulan ramadhan pada kira-kira tahun ke-2 hijrah, maka rasulullah mengisytiharkan puasa hari asyura adalah sunat;

Fadhilat puasa sunat pada hari asyura adalah diampunkan dosa setahun yang lepas. Iaitu dosa-dosa kecil;

Daripada Abu Qatadah (ra) berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda; "Berpuasa pada hari arafah menghapuskan dosa dua tahun, setahun yang lalu dan setahun yang akan datang, manakala puasa asyura menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu" (HR Bukhari, at-Tirmizi dan Jama'ah)

Dan untuk membezakan puasa umat Islam daripada puasa ahlul kitab (Yahudi) ketika itu, Rasulullah saranankan puasa dua hari iaitu pada 9 dan 10 Muharam;

Terdapat riwayat dari sahih muslim, apabila ditanya oleh sahabat kepada rasulullah berkaitan sambutan hari asyura oleh ahlul kitab berbanding umat Islam; “Ya Rasulullah, hari itu (asyura) diagungkan oleh orang Yahudi” (bermaksud, kenapa umat Islam melakukan perkara yang sama seperti orang Yahudi?)

lalu rasulullah (saw) bersabda; “ InsyaAllah apabila tiba tahun hadapan, kita akan berpuasa pada hari kesembilan (Muharam)”

dan pada riwayat yang lain, oleh Ibnu Abbas berkata; “Maka sebelum tiba tahun tersebut, rasulullah (saw) telah wafat” (HR Muslim)

Bagi muslim syiah, hari asyura disambut dengan memperingati kesyahidan Husin (ra),cucu baginda rasulullah (saw) semasa peristiwa Karbala. Mereka akan mencederakan diri untuk mengenangkan seksa yang pernah dialami oleh sayyidina husin dan pengikutnya dalam tragedi Karbala tersebut.

sambutan asyurah oleh syiah

Di tempat kita, satu bulan muharam disambut dengan membuat bubur yang dipanggil bubur asyura. Pernah ditanya kepada orang-orang tua kenapa orang (melayu) kita, bila tibanya bulan Muharam, mesti buat bubur syura. Dijawabnya pendek, mengenangkan peristiwa nabi Nuh (as) ketika terselamat dari banjir besar lalu disuruh himpun segala bekalan makanan yang ada dimasak dengan mencampurkan semua sekali (menjadi bubur). Aku ada petik sedikit dari entri sini, yang menerangkan tentang asalusul bubur asyura;

bubur asyura

Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.

Pada hemat aku, yang jelasnya daripada peninggalan nabi kita Muhammad (saw) ialah berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 Muharam. Itu yang seharus-harusnya (sesunnah-sunnah) kita amalkan. Apa yang dilakukan oleh muslim syiah, ambil intipatinya sahaja iaitu mencintai ahlul bait, husin (ra), falsafah dan pengajaran daripada sejarah hitam umat Islam lampau. Bubur, mungkin dianggap bi’daah, tetapi sedap dan kenyang apabila dimakan, jika diniat sebagai adat dan menjamu orang ramai makan, insyaAllah kenyang dan pahala  sedekah di sisi Allah. Wallahu A’lam.

Sumber banyak dipetik dari ummah.com , blog NasbunNurain
Gambar dari; Islam Selamanya,  Cybermq, Cariforum

Housemate Baru #1 - Dilarang Mengadakan Hubungan Seks


Lebih kurang 2 bulan lepas, 2 orang lagi housemate chek out dari rumah. Seorang balik tinggal dengan family di Kuala Selangor, seorang lagi dapat posting ke tempat lain. So rumah yang disewa tinggal lagi 3 termasuk aku, daripada time study dulu sewa  8 orang serumah. Tidak, aku bukan penghuni asal rumah ini time study dulu. Rumah ini dah banyak kali bertukar ganti housemate dan aku just check in bila dah kerja lebih kurang setahun selepas grad. Sekarang baru setahun lebih aku menetap sini.


Maklumlah bila dah tinggal 3 orang, sewa bulanan per setiap orang makin tinggi. Jadi kita orang putuskan 1 bilik middle room size nak bagi sewa kepada orang luar. Announcement ditampal di board dekat taman. Housemate yang tinggal paling rama di rumah ni, yang selalu act sebagai ketua rumah, bayar sewa, deal dengan owner in case apa-apa berlaku that we should inform him and house keeper pun dia lah. The one who effort to get a renter or a new housemate is made by him. So let’s call him ‘Ginkgo’ base on the herbs that he like so much..LOL. Salah seorang housemate lagi yang tinggal, let’s call him ‘Kopi’ yang suka buat andaian serius tapi bagi aku adalah joke; this is the joke;

‘Ini mesti orang yang nak datang tinggal nak bawa perempuan masuk bilik..bla...bla...bla…’

 dan aku biarkan saja sebagai joke. After awhile, ada orang call nak tengok bilik, here it is;

1.Yang jujur

Dia ni call nak tengok bilik selepas office hour. The fact that aku yang paling awal sampai rumah lepas kerja, plus the other guys dah buatkan announcement dan kemas-kemas bilik, so maybe this is my part to contribute by entertain the ‘client’ pula. And the client is, orang baya aku atau lebih muda, nice looking guy, pakaian kemas sebab juga baru balik dari kerja. Daripada perbualan , dapat tahu yan dia ni kerja bank. Tinggla di area sini juga Cuma berlainan blok. Nak cari rumah baru sebab owner suruh pindah. Katanya rumah itu nak dijual. So dia cuba cari yang berdekatan supaya tak susah-payah angkut barang time pindah nanti. Selepas entertain dan enterview, the last question sangat menarik, dgn phrase yang lebih kurang macam ni;

‘Aku ni jenis bawa perempuan masuk rumah tau, aku nak bawa girlfriend aku masuk bilik, korang kasi tak?’. [Damn! That’s it. That’s why aku suka joke housemate aku, Kopi seorang ni..]

Then, aku just jawab;
‘kitorang tak pernah buat macam tu. Kena bincang dulu’.

Dia jawab balik;
‘Oh! Korang tak pernah bawa perempuan masuk rumah eh?’.

Ow Shittt! Ini dah cukup hina, dah classified we all are loser, sangat tak urban, oldschool sebab tak pernah bawa perempuan dan bersekedudukan.

Semasa bincang lepas aku ceritakan semua, Ginkgo cakap ‘Kalau begitu tak payah ambik, apa yang boleh dicegah awal-awal baik kita cegah!’. Aku cerita kat Kopi apa yang tepat pada joke dia tempoh hari, dia joke aku balik ‘pasal ko tak jawab, aku tak pe je, boleh kita share sesama, tapi aku segan dengan jiran makcik sebelah ni, dia selalu bukak pintu n tegur kitorang time keluar masuk rumah’ haha. Bagi aku, sebab aku sendiri yang tak suka benda tu. Tak nak bersubhat sama. Zina dosa besar weh!!

Kemudian dia ‘yang jujur’ ni sms question soalan yang sama, then we just replied him as ‘NO’. 

After awhile, selang beberapa minggu, dia sms lagi tanya availability bilik tu, memang masih kosong. Dia nak sewa juga dan berkeras terus nak bayar deposit sewa dengan berjanji tak akan bawa perempuan masuk rumah. Kita orang pun setuju tapi berkeras balik tak payah bayar deposit lagi tunggu nanti masuk rumah bulan depan baru bayar. Next month, tak ada sms, tak ada contact daripada dia..And that’s OK for us.. Btw, we were lucky and appreciate him atas sebab dia jujur dan tanya dulu about that thing sebelum confirm check in. Sighhhh..

2. Datang dengan Girlfriend

Si ‘Datang dengan Girlfriend’ ini datang pada waktu malam. Kira-kira baru lepas waktu Isyak. Hanya aku dan Ginkgo ada di rumah. Buka pintu terus ada 2 orang boy and girl tunggu. Aku tak pasti girlfriend dia just temankan tengok bilik untuk pakwa dia saja ke datang sekali tengok samada it’s appropriate ke tidak untuk mereka bersekedudukan sekali di tempat ini. Who knows? Suatu yang tak terjangka, daripada plan next time ada orang tengok rumah, just throw the word ‘we don’t allow girls into this house’ directly, jadi susah pulak nak cakap depan-depan girlfriend sebelah dia. Btw, ini pun dah kira sign yang cukup bagus. After they ceao, bro anak kepada makcik jiran sebelah rumah kita orang masuk dalam rumah. We were close actually. Dia trus tanya ‘Korang nak ambik ke mamat tu?’. Sambil bagi opinion, ‘korang better tak ambik mamat tu, korang dah hidup harmoni sekarang jangan disebabkan menda lah nih buat korang pening pikir masalah kemudian hari. Aku lagi lah tak sanggup tengok kalo tiap-tiap hari tengok mamat tu bawa perempuan masuk rumah’. [Sekali lagi joke Kopi benar-benar berlaku..Cuma bukan makcik datang tegur sebab beliau pergi tunaikan haji di Mekah time tu].
Aku bagitahu Kopi lagi bila dia sampai rumah, terus dia fobia nak entertain the next ‘client’ kalau ada selepas ini, walaupun dia tak pernah ada time orang datang nak tengok bilik. Aku sure dia entertain lagi bagus nya.

Kopi is the same person who put the sign ‘Dilarang mengadakan hubungan seks’ outside their room door  as you see above and it’s just for our joke in the house. Aku tak tahu si ‘yang jujur’ tu nampak sign tu ke  tidak time datang tengok bilik or maybe sebab dia nampak sign tu sebab itu dia tanya. Aku tanya Kopi lagi kenapa orang macam ni sanggup buat maksiat, kerja dah stabil, sabar sikit je then kahwin, dah tak ada masalah tingal bersama. Aku tahu dan dah tahu jawapanya. The fact of culture dan pengaruh dunia fatamorgana lah katakan. But I intend to heard from Kopi what he will said.. He said; 'Biasa la..Orang kerja bank kan kuat makan riba. Tiap-tiap hari makan riba. Sebab tu dia tak kisah nak buat maksiat macam tu'. Quiet a joke right? hahaha.

Dah agak panjang entri ni. Masih ada beberapa client lagi yang aku nak ceritakan. Nanti next time aku sambung lagi bila ada masa..Tunggu ‘Housemate Baru Part 2’. Panjang sangat entah ada orang baca ke tidak...LOL


American fasih berbahasa Melayu

Ramai yang sudah pernah tengok video bersiri Ben Bradshaw yang fasih berbahasa Melayu ini kan? Tak kira melalui Facebook mahupun Youtube. Dalam video, Ben sudah ceritakan sedikit sebanyak kenapa dia boleh pandai bercakap bahasa Melayu. Mungkin ramai sudah perasan yang Ben bukanlah orang pertama yang membuat video bercakap dalam bahasa Melayu. Sudah ada orang yang buat video macam ini iaitu Belacan & Paku. Boleh chek video mereka di sini.



  
Mungkin ramai yang tidak tahu orang yang betul-betul inspired Ben berbuat begitu ialah Abang Kandungnya sendiri Adam Bradshaw yang sudah lama buat video rakaman diri sendiri bercakap dalam bahasa Asing. Berbeza dengan Ben, video versi Adam adalah bercakap dalam bahasa Siam (Thai). Sehingga kini Adam sudah mengupload  23 video di Youtube. Aku tertoton video ini daripada channel Youtube Ben dalam favorite category.  Dalam video di bawah ini, Adam bertutur dalam bahasa siam memperkenalkan 2 orang adik lelaki iaitu Ben dan seorang lagi Adik bernama Tom





















 Perihal Adam Bradshaw

Adam Bradshaw pernah disiarkan dalam rancangan TV Thailand yang bertajuk dalam bahasa kita ialah ‘Saya sukakan Thailand’ (video ini juga terdapat di chanel beliau tetapi mungkin tak difahami kerana berbahasa siam sepenuhnya). Dalam dokumentari tersebut, Adam menceritakan bahawa dia pernah mengunjung ke Thailand pertama kali pada tahun 2005 dan menetap di sana selama 2 tahun sebagai mubaligh Kristian sehingga fasih berbahasa Siam. Kemudian setelah pulang ke US dengan perasaan sayang dan takut lupa bahasa Siam yang pernah dipraktik, Adam memohon kerja di sebuah restoran di Utah yang dimiliki sepenuhnya oleh orang siam dan keseluruhan pekerjanya adalah orang siam untuk terus mempraktik bahasa siam. Kemudian Adam bekerja sebagai Salesman menjual home security devices mengumpul duit sebelum tekad untuk datang semula ke Thailand dan sekarang beliau hidup sebagai guru bahasa di sana. Pelan Adam pada masa hadapan ialah menetap di Thailand dan membuka sekolah atau institusi mengajar bahasa di sekitar Suvarnabumi (area lapangan terbang antarabangsa di Thailand, kalau di Malaysia, sinonim dengan Sepang yang ada KLIA).

Jadi, Apakah pelan Ben si ‘gigi putih’ dengan Malaysia selepas ini? Agak-agaknya Tom akan ke negara mana dan fasih berbahasa tempatan mana nanti?

Kau orang boleh ikuti Ben mengajar slang Inggeris mudah dengan subscribe dia punya video di Youtube dan boleh juga ikuti di facebook

Post Pertama



1st post, I greet you with this child-smile pic

Bismillah..

Aku dah lama baca blog-blog orang, pernah juga try buat blog di social website tapi tak pernah nak istiqamah. Kali ni datang balik rasa nak buat blog. Aku tak kira ada orang baca post aku atau tidak. Aku tak kira se'boring' mana blog aku akan jadi lepas ni. Aku nak cuba sekali lagi.

Aku minat baca karya atau cerita orang tapi kurang berbakat untuk karang sendiri. Tapi aku masih percaya jika sesuatu perkara jika dibuat berulang-ulang kali, sah-sah akan jadi hebatnya lepas ni (harapnya begitu lah ^_^).

Sepertimana jawapan selamba apabila ditanya kepada individu yang dah berjaya 'Bagaimanakah anda boleh berjaya sampai ke tahap ini?',
so jawapannya;'saya sentiasa berlatih dan berlatih lagi..'

Aku ada sedikit minat dalam seni fotografi, ada pakar sedikit dalam photoshop yang apabila di'combine'kan kedua-duanya sekali akan jadi gempak yang sangat tak real, tak natural, dan aku tahu ramai yang tak sukkha sangat termasuk aku..serius LOL.

Plain is good, and simple is great.

(p/s; Gambar budak di atas diambil semasa konvo UM, semasa tengah menunggu kawan aku keluar dari dewan konvo. Tetiba budak ni datang ke arah aku, trus aku grab kamera capture. I feel sorry for her mom, but seriously I like this pics. Hope she don't mind.)