Ramai yang sudah pernah tengok video bersiri Ben Bradshaw yang fasih berbahasa Melayu ini kan? Tak kira melalui Facebook mahupun Youtube. Dalam video, Ben sudah ceritakan sedikit sebanyak kenapa dia boleh pandai bercakap bahasa Melayu. Mungkin ramai sudah perasan yang Ben bukanlah orang pertama yang membuat video bercakap dalam bahasa Melayu. Sudah ada orang yang buat video macam ini iaitu Belacan & Paku. Boleh chek video mereka di sini.
Mungkin ramai yang tidak tahu orang yang betul-betul inspired Ben berbuat begitu ialah Abang Kandungnya sendiri Adam Bradshaw yang sudah lama buat video rakaman diri sendiri bercakap dalam bahasa Asing. Berbeza dengan Ben, video versi Adam adalah bercakap dalam bahasa Siam (Thai). Sehingga kini Adam sudah mengupload 23 video di Youtube. Aku tertoton video ini daripada channel Youtube Ben dalam favorite category. Dalam video di bawah ini, Adam bertutur dalam bahasa siam memperkenalkan 2 orang adik lelaki iaitu Ben dan seorang lagi Adik bernama Tom
Perihal Adam Bradshaw
Adam Bradshaw pernah disiarkan dalam rancangan TV Thailand yang bertajuk dalam bahasa kita ialah ‘Saya sukakan Thailand’ (video ini juga terdapat di chanel beliau tetapi mungkin tak difahami kerana berbahasa siam sepenuhnya). Dalam dokumentari tersebut, Adam menceritakan bahawa dia pernah mengunjung ke Thailand pertama kali pada tahun 2005 dan menetap di sana selama 2 tahun sebagai mubaligh Kristian sehingga fasih berbahasa Siam. Kemudian setelah pulang ke US dengan perasaan sayang dan takut lupa bahasa Siam yang pernah dipraktik, Adam memohon kerja di sebuah restoran di Utah yang dimiliki sepenuhnya oleh orang siam dan keseluruhan pekerjanya adalah orang siam untuk terus mempraktik bahasa siam. Kemudian Adam bekerja sebagai Salesman menjual home security devices mengumpul duit sebelum tekad untuk datang semula ke Thailand dan sekarang beliau hidup sebagai guru bahasa di sana. Pelan Adam pada masa hadapan ialah menetap di Thailand dan membuka sekolah atau institusi mengajar bahasa di sekitar Suvarnabumi (area lapangan terbang antarabangsa di Thailand, kalau di Malaysia, sinonim dengan Sepang yang ada KLIA).
Orang kita bila lagi nak video sendiri..cakap jerman ke?
ReplyDeleteCIKSAL
ReplyDeletesaya tumpu buat blog dulu..tgh pikir gak, muka ada komersial ke tak utk buat video..LOL